COUNTER HIT

counter

Monday, June 6, 2011

PERUBATAN LINTAH

Seorang penyelidik perubatan terkenal Dr. Mahelly menyatakan bahawa lintah adalah suatu hidupan yang penting di dalam pembedahan moden. Ia membantu pengaliran darah berlaku secara semulajadi Lintah juga boleh dijadikan sebagai satu alat mengeluarkan toksin dari darah yang mengalir badan kita.

Lebih dari 600 spesis lintah telah ditemui hingga ke hari ini. Dari 600 jenis ini, hanya 15 jenis sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Di dalam dunia perubatan, lintah ini dikenali sebagai

Hirudo Medicinalis

Kaedah rawatan menggunakan lintah ini dikatakan telah bermula sejak lebih 5,000 tahun dahulu. Apabila lintah menghisap darah dari badan anda, pada masa yang sama ia mengeluarkan sejenis cecair yang di antara lainnya menghalang darah anda dari menjadi beku, serta menggalakkan pengaliran keluar darah.

Fenomena ini dapat membantu proses pemulihan kecederaan atau pun pembedahan kerana darah yang mengalir ke bahagian tersebut dalam satu jangka masa yang lama, dapat menghasilkan pertumbuhan semula sisitem pengaliran darah di kawasan tersebut.

Nyatalah bahawa sebenarnya lintah adalah pembantu manusia.

Di kerongkong tempat isapannya terdapat tiga rahang yang berbentuk seperti setengah gergaji yang mempunyai sehingga 100 gigi-gigi kecil. Seekor lintah mungkin mengambil masa antara 15 hingga 30 minit untuk menyedut darah dari badan manusia. Dalam tempoh masa tersebut ia dapat menghisap kira-kira 2.5 sehingga 5.5 gm darah. Kuantiti darah tersebut sudah cukup bagi menampung hidupnya selama 6 bulan hingga 1 tahun.
Pada air liur lintah terdapat sekurang-kurangnya 15 jenis zat aktif. Di antaranya ialah sejenis zat yang sama seperti yang terkandung di dalam putih telur.

Air liur lintah mengandungi zat aktif antaranya :-

Hirudin
Hyaluronidase
Pseudohirudin
Destabilase
Apyrase
Bdellines
Eglines
Kininases
Histamine-melancarkan peredaran darah dan oksigen
Collagenase
Leech prostanoids
Inhibitor of kallikrein of the blood plasma
Proteases
Lipolytic enzymes
Intibitor of Xa factor of the blood coagulation
Triglyceridase17.Cholesterol esterase18.Lipase
ekstrak hirudin – mengurangkan pembentukan pembekuan darah dan melancarkan darah. mampu merawat penyakit seperti sejuk tangan, sakit otot, kejang otot dan sengal-sengal badan.

ekstrak pheromone – merupakan hormon yang mengeluarkan bau yang boleh menarik perhatian pasangan. berguna dalam masalah hubungan seksual.

ekstrak histamin – histamine membesarkan saluran darah dan mencergaskan aliran darah, menyelesaikan masalah lemah tenaga batin kerana dapat melancarkan aliran darah di bahagian kemaluan lelaki.

ekstrak nitric oxide – mempercepatkan peredaran darah pada wanita dan membantu meningkatkan hubungan seksual.
“hirudin” adalah salah satu komponen yang penting di dalam air liur lintah. Ia amat bermanfaat untuk melicinkan perjalanan darah dan ia juga mengandung “penisilin”.

Di antara lain, Lintah juga digunakan sebagai ubat kepada penyakit skizofrenia mahupun depresi. Ia juga digunakan untuk merangsang mata, mengempiskan lidah bengkak, dan meringankan rasa sakit usus buntu serta perdarahan.

Kemampuan lintah ini menarik perhatian Manfred Roth. Maka, sejak sepuluh tahun lalu ahli zoology dan pecinta haiwan “haus” darah ini menjadi pengelola dan satu-satunya pengimport lintah di Jerman. Ia membiakkan binatang ini pada bekas-bekas kaca. Lintah peliharaannya diletakkan di antara tumbuhan air, seperti bunga teratai, di kolam berair jernih dengan pengawasan kebersihan yang rapi.

Kerana keupayaan lintah tadi, dalam Bangsa Inggeris seorang tabib pada Abad Pertengahan digelar sebagai leechers. Orang Teuton (Jerman kuno) mengartikan leech hampir sama artinya dengan kata “penyembuh”. Dhanvantari, salah seorang dewi India, dalam Ayurveda digambarkan memegang seekor lintah di salah satu dari empat tangannya.

Jadi, haiwan yang menakutkan kerana ia menghisap darah ini menyimpan sejuta rahsia yang sangat bermanfaat kepada manusia.

BEKAM LINTAH membantu menghilangkan pening
dan migrain. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan
dan
sistem perkumuhan.
Membantu memecahkan lemak,
peluh dan melegakan demam.
Membantu memulihkan
ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

Membantu mencegah kebas kaki
dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
Mengeluarkan darah toksik dan
melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
Membantu meringankan tubuh.
Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa
berat dan malas.
Membantu menajamkan
penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan
penglihatan kabur.
Dianggarkan sebanyak 72 jenis
penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi,
jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin
ahmar, sakit gigi, jerawat,
sembelit, tekanan dan buah pinggang.

No comments: