COUNTER HIT

counter

Sunday, October 30, 2011

RAWATAN LINTAH.

MEMANDANGKAN RAWATAN LINTAH TERUS MENDAPAT SAMBUTAN RAMAI,PIHAK AER0Z TELAH MELANCARKAN PERKHIDMATAN TERUS KE KEDIAMAN ANDA.DENGAN CARA INI ANDA LEBIH SELESA,TIDAK BERASA MALU & MENJIMATKAN MASA.KAMI TELAH MENUBUHKAN "TEAM BERGERAK" BAGI PERKHIDMATAN INI.ANDA BOLEH MENGHUBUNGI HOTLINE TEAM INI BAGI TEMUJANJI RAWATAN ANDA - 012 755 4710 / 017 709 7388.

CAJ RAWATAN KAMI ADALAH :-

SETIAP JENIS PENYAKIT = RM 38.00 ( 1 - 3 EKOR LINTAH )
**TAMBAHAN = RM 10.00 ( SETIAP EKOR LINTAH ).


KAMI JUGA ADA MEMBUAT PERKHIDMATAN RAWATAN LINTAH YANG ISTIMEWA ;-

1. PENYAKIT KELAMIN / MATI PUCUK LELAKI. ( 14 EKOR ) = RM 280.00

2. MEMBESARKAN & MENGENCANGKAN PAYUDARA. ( 13 EKOR ) = RM 260.00

3. MENGURANGKAN BERAT BADAN. ( 9 EKOR ) = RM 130.00

4. AWET MUDA. ( 8 EKOR ) = RM 120.00

5. KANSER. **Bergantung Kepada Tahap Kritikal.

6. GANGGUAN MONOPOSE. ( 6 EKOR ) = RM 90.00

7. NAFSU SEKS DINGIN ( WANITA ) ( 4 EKOR ) = RM 80.00

8. ANTI STROKE.

9. MEMBUANG KALESTROL DALAM DARAH. ( 14 EKOR ) = RM 210.00

10. KENCING MANIS KRITIKAL. **Bergantung Kepada Tahap Kritikal.

LINTAH & KANSER

Siapa yang sukakan lintah? Badannya yang lembap dan mengelikan cukup membuatkan kita rasa 'takut' untuk menyentuhnya. Tetapi dalam sains perubatan, lintah turut digunakan sebagai sumber kecantikan, malah haiwan sekecil ini mampu menjadi penawar kepada penyakit sebesar kanser melalui gigitanya; seperti kanser payudara, masalah jantung, arthritis (masalah sendi), strok dan kencing manis.



Terapi Lintah 92 Enzim Mampu Sembuhkan Penyakit?




Sebelum ini, khasiat lintah banyak digunakan untuk tujuan kecantikan. Terdapat banyak rangkaian spa yang menggunakan khidmat lintah untuk lakukan rawatan pada wajah terutamanya berkaitan masalah jerawat. Namun hasil daripada beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati khasiat lintah lebih dari itu. Terutamanya untuk mengubati penyakit-penyakit berbahaya.




Sifat haiwan kecil ini yang lembik dan sejuk tatkala terkena melekat di kulit sering menimbulkan kegelian bagi setengah individu. Ada juga yang menganggap gigitan lintah boleh menyebabkan kesakitan. Tetapi menurut pakar terapi lintah dari Australia, Mehdi Jaffari ketika ditemui di Universiti Malaya (UM), gigitan lintah mempunyai tiga peringkat gigitan dan pada gigitan kedua, lintah akan menyuntik ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dari gigitan tersebut.




Gigitan Berkhasiat?




Menurutnya, setiap gigitan lintah akan menyedut darah kotor yang terdapat di dalam badan manusia. Lintah juga dikatakan mempunyai 92 enzim di mana enzim-enzim tersebut turut memberikan manafaat bagi mengurangkan gejala penyakit. Lintah mampu menghisap darah tiga kali ganda dari saiz badannya sendiri. Ketika proses menghisap tersebut berlaku, lintah akan mengeluarkan enzim hirudin dan enzim ini bertujuan menghalang pembentukan darah beku.Dengan kelebihan itu, gigitan haiwan ini mampu menyembuhkan penyakit seperti resdung, migrain, gout, sakit lutut, stress, sakit belakang, sakit dada, dan masalah jerawat. Bagi penyakit-penyakit serius seperti arthritis (sakit sendi), kanser payudara, masalah jantung, strok dan kencing manis, pesakit perlu mendapatkan nasihat pakar sebelum menjalankan rawatan ini.Begitu pun menurut Mehdi, tidak semua pesakit boleh mendapatkan rawatan ini. Pesakit yang sedang menjalankan rawatan kimioterapi, radioterapi dan mereka yang pernah menjalani pembedahan tidak dibenarkan membuat rawatan terapi lintah ini. "Bagi pesakit yang menjalani rawatan kimioterapi, darah merah atau putih telah mati dalam tubuh mereka, jadi disebabkan itu, lintah tidak boleh menghisap darah mereka keran bimbang akan memburukkan lagi kesihatan,", katanya.




Bersih?




Selain itu, kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun dan wanita yang mengandung juga tidak dibenarkan mendapat rawatan terapi lintah ini. Bagi memastikan proses rawatan berjalan dengan baik, lintah yang telah digunakan akan dihapuskan. Lintah juga tidak akan digunapakai semula kerana bimbang akan mengundang penyakit. Untuk jaminan kualiti dan kebersihan, lintah yang digunakan juga menjalani proses pembersihan nyah-bakteria. Kualiti lintah yang baik juga katanya perlu didapatkan dari sumber yang benar-benar mengembangbiak spesies ini dengan proses dan kaedah yang betul."Bukan semua lintah boleh digunakan untuk tujuan kesihatan. Kerana itu lintah yang saya guna hanya ambil dari penternak lintah yang mengikut spesifikasi yang betul dari segi habitat dan permakanan haiwan ini.""Dari situ khasiatnya dapat dipelihara. Ingin saya tegaskan, penggunaan lintah adalah selamat dan terjamin kebersihannya untuk pesakit-pesakit yang beragama Islam yang ingun mendapatkan rawatan menggunakan kaedah ini." kata Mehdi.Mehdi merupakan seorang pakar terapi lintah dari New Zealand dan beliau telah dijemput oleh pihak Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL) UM untuk mengadakan kursus tentang rawatan terapi lintah. Disampung mengkaji tentang spesis lintah yang banyak terdapat di Malaysia.Leech Miracle telah mendapat didikan dari Mehdi Jaffari, Pakar Terapi Lintah Antarabangsa. Dapatkan rawatan dengan menggunakan lintah yang bersih, terjamin dan selamat.

Sunday, October 16, 2011

Lintah menghilangkan penyakit atau memberi penyakit

Lintah (leeches) berada dalam kelas hirudinea. lintah ini adalah binatang tanpa tulang belakang yang mempunyai 2 jantina dalam 1 badan, mempunyai 2 penyedut depan dan belakang..tetapi hanya bahagian hadapan saja yang boleh mengigit. kita harus tahu , tidak semua lintah menghisap darah ( hematophagous).



kebanyakkan lintah ini menghisap darah dari luka yang terdedah pada haiwan-haiwan amfabia, reptalia, ikan-ikan ataupun mamalia. kebanyakkan lintah juga tidak banyak yang boleh mengigit pada kulit dan menyebabkan luka.


sewaktu lintah mengigit, selalunya ia akan melekat pada kulit kemudian melukakan..kerana lintah mempunyai ratusan gigi -gigi kecil, di anggarkan ada 105 hingga ke 123 yang di lapurkan oleh para pakar perubatan australia Dr.mehdi.


ketika lintah menghisap darah enzim hirudin yang bertujuan mencairkan darah yang berada dalam perutnya akan di muntahkan atau di salurkan pada luka tersebut. oleh demikian darah akan terus cair dan mudah bagi lintah menghisapnya. apabila lintah sudah kekenyangan ia akan meninggalkan luka..maka pendarahan akan terus berlaku selama 16 jam. luka ini harus di bersihkan atau cuci dengan dettol solution, ubat serbuk seperti rowa rolan harus di letakkan pada luka tersebut dan di balut dengan kain pembalut/gauz. jangan kenakan air buat seketika atau menggaru pada luka gigitan lintah .. jika berlaku kegatalan gunakan bam dan sapukan di sekitar tempat gigitan atau mengunakan air batu untuk menghilangkan bengkak gigitan lintah tersebut.


darah yang di hisap oleh lintah akan disimpan di dalam kantung perut. di dalam kantung perut lintah ini mempunyai enzim mencairkan darah iaitu ( hirudin ), hirudin ini yang menyebabkan darah tetap kekal dan cair. apa yang saya faham didalam kantung perut lintah ini juga mempunyai beberapa kuman bakteria yang memyebabkan darah yang di simpan tadi akan kekal segar untuk jangka yang agak lama..seharusnya di musnahkan dengan kadar segera dengan mengunakan garam, dettol atau alkohol. perlu di ingatkan penggunaan lintah ini hanya lah sekali saja.


lintah yang kenyangan boleh mengembang sebanyak 5 kali ganda lebih besar dari saiz asal tubuhnya, selain itu bakteria yang menyebabkan darah yang ada dalam kantung perutnya akan sentiasa segar utk jangka yang lama.kerana lintah hanya makan sekali dan berpuasa selama 50 hingga 90 hari. kemudian akan menghisap semula apabila mendapatkan mangsanya.



lintah selalunya mempunyai parasit dalam saluran penghadaman mereka. namun parasit itu tidak mampu hidup dalam tubuh manusia..maka gigitan lintah di anggap tidak merbahaya.


perlu kita ingat... 1 kajian pakar mendapati virus HIV dan HEPATITIS B dalam lintah di afrika dan boleh di sebarkan apabila lintah itu mengigit semula..