1. luka yang berdarah adalah agen bakteria yang paling aktif.ia perlu di cuci bersih dan di jaga dari habuk,hama,dan juga kotoran.tangan dan kaki yang sudah luka mudah di jangkiti bakteria atau kuman.akibatnya kawasan luka tersebut terasa gatal dan membengkak terutama bagi pesakit kencing manis tahap basah atau kering.penjagaan harus di ambil kira.
cara mengatasinya cuci bahagian yang terkena jangkitan bakteria tadi dengan menggunakan sabun atau dettol antiseptik atau normal saline dengan bersih,lap sehingga kering,kemudian kulit luka hendaklah di sembur oksigen-bagi membantu menyampaikan oksigen kebahagian kulit dan luka dari luar,kemudian luka itu hendaklah sapu healing cream atau serbuk calcium carbonate.balut luka tadi dengan kemas dan akhir sekali gunakan elastic conforming bandage.
2. Terasa hendak demam
Jika anda menjalankan rawatan 2 jenis penyakit dengan menggunakan kuntiti lintah(14 ekor lintah),kemungkinan anda akan terasa hendak demam pada keesokkan harinya.ia bergantung kepada kekuatan anti-body seseorang itu.tetapi anda tidak perlu gusar dan risau,anda akan merasa lebih sihat pada hari-hari berikutnya.
3. Darah sukar Berhenti
Ia berlaku di sebabkan oleh beberapa faktor:-
pertama-anda mungkin mempunyai darah kotor atau kolestrol dalam darah yang banyak pada bahagian tersebut dan tidak tertampung oleh lintah.
kedua-anda mempunyai jenis darah yang cair atau penggambilan ubat pencair darah atas nasihat doktor.kami nasihatkan supaya anda tidak risau dan ia akan berhenti setelah kolestrol dalam darah di kawasan gigitan itu habis keluar dan darah mula membeku pada kesan gigitan lintah tadi.anda di nasihatkan supaya jangan menanggalkan balutan luka atau menanggalkan darah beku pada kesan gigitan,supaya tidak berlaku pendarahan semula.jika berlaku ia hanyalah untuk sementara waktu sahaja.jika sudah kering ,basuh tempat luka itu dengan air suam dan lap perlahan-lahan dan gunakan cream foban cort keatas kesan luka tadi.
4. Kesan gigitan terasa gatal
Rasa gatal pada tempat gigitan dalam beberapa hari adalah kesan sampingan dalam rawatan terapi lintah.ia bukan satu tindak balas alergi,pesakit seharusnya di nasihati supaya mengelak dari menggaru kawsan gigitan kerana ia melambatkan kesembuhan.cara mengatasinya sapu bahagian yang gatal dengan cream mopiko kerana ia lebih berkesan.
5. Dapatkan nasihat dari pegawai perubatan
Symtom/penyakit yang berbeza memerlukan peralatan/teknik yang lain.sebelum memproses permohonan terapi lintah.pihak kami ingin mengingatkan supaya tidak menukarkan atau meninggalkan aspek penjagaan perawatan anda atau jadual berjumpa doktor/pakar kesihatan.
sekiranya anda terdedah dalam sebarang keadaan kesihatan yang memerlukan perubatan yang spesifik,anda di galakan untuk berjumpa dengan pegawai perubatan profesional terlebih dahulu sebelum membuat rawatan dengan sebarang rawatan alternatif lain.
1 comment:
salam saya nak tanya..kenapa menggunakan gambar pesakit dari putra phoenix....tak baik mencuri artikal kami
Post a Comment